Not Ranked
:
+0 / -0
0 score
ALAM GHAIB : Misteri, Hakikat atau Khayalan...
Salam....
Kita semua tahu tentang ORANG GHAIB... ALAM GHAIB... dan semuanya yang ada perkataan GHAIB di hujungnya. Segalanya dikaitkan dengan sesuatu yang MISTERI... Ada pihak yang menganggap semua ini sebagai KHAYALAN, tetapi masih ada juga yang cuba memperjuangkan HAKIKATnya.
Namun, sepertimana yang kita tahu, isu ALAM GHAIB juga ada disebut dalam al-Quran dan kita WAJIB mempercayainya - selagi tidak tergelincir aqidah. Firman ALLHswt:
"TIDAK AKU JADIKAN JIN DAN MANUSIA, SELAIN DARIPADA UNTUK BERIBADAT KEPADAKU SEMATA-MATA".
Jadi adalah sangat penting mengakui bahawa ALAM GHAIB & MAKHLUK GHAIB ini wujud. Jin adalah MAKHLUK GHAIB tersebut, yang dinamakan dengan pelbagai gelaran oleh 'orang kita'... namun ia tetap adalah ENTITI YANG SAMA.
Oleh yang demikian, saya memulakan thread ini sebagai salah satu cara mengajak semua ahli KCFM yang berminat untuk berkongsi pandangan, pengalaman, pengetahuan dan sebagainya berkaitan dengan ALAM GHAIB - sekiranya diizinkan.
p/s: Sekiranya ada ahli-ahli yang mempunyai masalah berkaitan ALAM GHAIB, boleh juga diajukan di sini. Jika saya pincang dalam memberikan jawapan, insyaALLAH ada individu yang dapat membantu.
NOTA: Sebarang KOLEKSI CERITA SERAM atau CERITA ALAM GHAIB (yang ada kaitan dengan Cerita Seram) sila JANGAN DI'POST' ke thread ini. Terima kasih.
|